Monday, April 26, 2010

Sepetang Bersama Dr. Razana Zakaria: Memahami & Menangani Remaja

Adakah anda mempunyai anak remaja atau pra-remaja? Sudahkah anda bersedia untuk berkongsi mengenai perubahan emosi dan fizikal yang bakal atau sedang mereka hadapi?

Kebanyakan ibubapa buntu apabila berdepan dengan situasi begini. Akibatnya, anak-anak mencari maklumat dari rakan-rakan sebaya, yang kadangkalanya salah dan merosakkan diri mereka!

Jika anda berdepan dengan situasi ini, daftarlah anak anda (perempuan sahaja untuk sessi ini) pada Sabtu 15 May untuk sessi "Sepetang Bersama Dr Razana" dalam membincangkan perubahan emosi dan fizikal mereka, dan cara TERBAIK menanganinya.

Cuma RM50 seorang, termasuk minum petang dan buku Dr Razana "Saya Bukan Budak Kecil Lagi" PERCUMA.

Tarikh: 15 May 2010 (Sabtu)
Masa: 3-5pm

Tempat: ALIMKids Bookshop, 6-1 USJ 9/5Q, Subang Business Centre, 47600 Subang Jaya.

Kenali Dr Razana Zakaria:
Beliau merupakan seorang Pakar Perubatan Keluarga dan juga Pengamal Perubatan di Klinik Perubatan Keluarga milik beliau sendiri di Shah Alam. Beliau mendapat latihan perubatan asas di Universiti Malaya dan lulus ijazah MBBS pada tahun 1993. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Perubatan Keluarga di USM dan lulus ijazah Sarjana MMed (perubatan keluarga) pada tahun 2000.

Dr. Razana bersama rakan-rakan, Dr. Rahimah Zakaria & Dr Zahiruddin Othman, telah penulis buku "Saya Bukan Budak Kecil Lagi: Panduan Untuk Menganal dan Memamhami Remaja" pada tahun 2009.

Untuk mendaftar, email nama, umur anak anda dan no tel anda ke events@ummikusayang.com atau tel 03 8204 8664

No comments: