Sinopsis:
Semasa turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, saya terhidu sesuatu.Dalam merah senja terbenamnya mentari di bumi Qatar, hembusan angin membawa suatu aroma yang amat saya kenali. Baunya tajam menusuk jiwa, harumannya pantas mengheret saya ke dekad silam yang penuh kenangan.
“Demi buah Tin dan demi buah Zaitun…,” demikian sumpah Allah di dalam Firman yang agung. Buah yang menjadi simbol Dataran Syam, bumi Palestin.
“Demi buah Tin dan demi buah Zaitun…,” demikian sumpah Allah di dalam Firman yang agung. Buah yang menjadi simbol Dataran Syam, bumi Palestin.
Setelah lama tidak menjejakkan kami ke bumi Arab, kunjungan saya ke Doha juga Dubai, telah membuka hati saya kepada sebuah kerinduan. Bukan merindukan cinta, bukan mengkhayalkan impian. Tetapi rindu kepada sebuah perjalanan Tarbiyah yang penuh suka dan duka, senang dan susah. Kembara anak rantau mengejar ilmu dan cita-cita di Dataran Syam…Saya merindukannya.
Ulasan:
Pada mulanya sebelum membaca buku ini, saya berpendapat buku ini hanyalah
sekadar memori peribadi yang telah dibukukan. Tetapi setelah saya selesai
membacanya ternyata jangkaan saya salah sama sekali. Buku ini adalah lebih
daripada memori seorang penuntut semasa belajar di Jordan. Buku ini adalah
sebuah Travelog Tarbiah seperti yang dicetak di muka depannya.

Kembara Ustaz di bumi Anbiya soalah-olah terasa sama.
Suka-duka beliau bersama teman-teman seangkatan ketika berjuang menuntut
ilmu semasa di Jordan membuat pembaca pasti tersenyum sendiri.
Pengalaman beliau membuka mata pembaca yang mungkin tidak
pernah tinggal di sana. Penulisannya ikhlas! Terasa benar datang dari hatinya.
pernah tinggal di sana. Penulisannya ikhlas! Terasa benar datang dari hatinya.
Tersenyum sendiri apabila membaca bagaimana orang tempatan berebut-rebut
menaiki 'coaster', bab cakap arab tapi tak tahu makna, kecut perut bila syeikh mula
marah dalam dewan kuliah dan macam-macam lagi keaadaan yang mencuit hati.
menaiki 'coaster', bab cakap arab tapi tak tahu makna, kecut perut bila syeikh mula
marah dalam dewan kuliah dan macam-macam lagi keaadaan yang mencuit hati.
Tak disedari air mata bergenang tatkala membaca tentang kehilangan lima sahabatnya
dan juga bab tentang Pejuang sebenar Islam yang menentang Perjanjian Damai Jordan & Israel 1994.
Kesedihan beliau dirasai bersama apabila bumi para anbiya dan para sahabat yang syahid
tidak seperti yang diigaukan ditambah pula dengan perangai kasar orang tempatan dan pelajar Malaysia yang pula membawa trend buruk. Juga tersentuh hati apabila beliau berkongsi pengalaman haji bersama Pak Chaq & mak Chaq dari Perlis yang sesat di Muzalifah serta cerita mengenai para pelajar dari Patani yang serba daif tapi bersemangat tinggi.
Meskipun di blog beliau ada yang marah apabila cerita sebenar mengenai Jordan dipaparkan tapi bagi pembaca ianya sesuatu yang dapat memberi pengajaran untuk kita di bumi bertuah ini yang tidak terasa kesukaran sebagaimana sukarnya hidup di Jordan lebih tepat lagi di Muta'ah tempat Ustaz Hasrizal belajar di mana mandi pun munking 3 atau 4 hari SEKALI! Itupun dgn air yg banyaknya cuma 2 liter.
Saya cadangkan mereka yang bersedia untuk mengalami pengalaman baru untuk mendapatkan buku ini sendiri.
Berlapanglah dada dan bacalah buku ini dengan fikiran yang terbuka. Jadikan buku-buku oleh Ustaz Hasrizal sebagai koleksi patut ada di setiap rumah.
Tajuk-tajuk lain oleh Ustaz Hasrizal, Aku Terima Nikahnya (Best Seller) dan Bercinta Sampai Ke Syurga.
Tajuk-tajuk lain oleh Ustaz Hasrizal, Aku Terima Nikahnya (Best Seller) dan Bercinta Sampai Ke Syurga.
Buku ini boleh didapati di UmmikuSayang.com atau telefon 03-80248664
Ulasan oleh:
Hani Arziana Abdullah
No comments:
Post a Comment